United Malay National Organisation

Portal PolitikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Jawi: ڤرتوبوهن کبڠساءن ملايو برساتو, juga dikenali sebagai UMNO; /ˈəmn/ atau PEKEMBAR/ڤكمبر) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas Dato' Sri Najib Tun Razak mengumumkan perletakan jawatan Presiden UMNO berkuatkuasa serta merta pada 12 Mei 2018. UMNO merupakan tulang belakang bagi Barisan Nasional, ialah parti kerajaan terbesar yang juga parti pemerintah bagi kerajaan negeri Perlis, Pahang, Johor dan Melaka. UMNO tidak menubuhkan bahagian di negeri Sarawak.[5]UMNO dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu.[6][7] Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.[8] Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.[9]Dalam pilihan raya umum UMNO 2018, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai penting dalam perkembangan parti, bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah dipilih sebagai presiden UMNO, yang mendapat lebih banyak undi berbanding saingannya Khairy Jamaluddin (bekas ketua Pemuda UMNO) dan Tengku Razaleigh Hamzah (veteran UMNO).[10]

United Malay National Organisation

Ketua Wanita Dato' Dr. Noraini Ahmad
Dewan Undangan Negeri:
126 / 587
Ideologi Ketuanan Melayu,
Nasionalisme,[2][3] Konservatisme,[4] Islamisme
Warna rasmi      Merah dan putih1
Akhbar New Straits Times
Utusan Malaysia
Berita Harian[nb 1]
Harian Metro[nb 2]
Kosmo![nb 3]
Sayap belia wanita Pergerakan Puteri UMNO
Sayap wanita Pergerakan Wanita UMNO
Presiden Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Pengerusi Dato' Paduka Haji Badruddin Amiruldin
Didahului Pertubuhan Melayu Bersatu
Diasaskan 11 Mei 1946; 74 tahun yang lalu (1946-05-11)
Setiausaha-Agung Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan
Ketua Pemuda Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki
Agama Islam: Ahli Sunah Waljamaah
Dewan Negara:
17 / 70
Timbalan Presiden Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan
Ibu pejabat Tingkat 38, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Pengasas Dato' Sir Onn Dato' Jaafar
Keahlian 4 Juta (awal 2018)
Sayap belia Pergerakan Pemuda UMNO
Slogan Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Dewan Rakyat:
39 / 222
Penggabungan nasional Parti Perikatan (1952–73)
Barisan Nasional (1973–kini)
Muafakat Nasional (2019-kini)
Perikatan Nasional (2020-kini)
Naib Presiden Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Dato' Mohamed Khaled Nordin
Ketua Puteri Zahida Zarik Khan